Tip La Tips~ | UPSR

Hello! And asslammualaikum...
Hai! Dan assalammualaikum...
Hari ini! Blog Mytella dalam Bahasa Melayu? Ya Allah, peliknya hahaaa
Saje2 Mytella nak berlatih menulis dalam Bahasa Melayu, sebab Mytella ni pun, walaupun seorang rakyat Malaysia, malah Bahasa Melayunya pun bukannya bagus sangat...
Jadi! hari ini, Mytella nak berkomgsi kepada adik-adik yang akan mengambil UPSR!
Mytella tahu, memang susah nak melaluinya! Tapi InsyaAllah, dengan keberkatan Allah, adik2 boleh mencapai target adik2...
Tanpa melengahkan masa, mari kita belajar apanya tip2 untuk UPSR! 
1. Buat jadual waktu sendiri
Tahulah ada jadual waktu tu dkt sekolah, tapi buatlah satu dekat rumah! Akak dulu buat macam itu, contohnya macam:

Isnin: Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Selasa: Matematik & Sains
Rabu: Bahasa Inggeris & Matematik
Khamis: Sains & Bahasa Melayu
Jumaat: (Mana-mana subjek yang adik2 lemah)
Sabtu: Sains & bahasa Inggeris
Ahad: Matematik & Bahasa Melayu

InsyaAllah, kalau adik2 buat macam ini, boleh tolong adik2 dengan mengurus masa adik-adik

2. Jangan terlalu tertekan!
Akak memang tahu, UPSR ini memang lagi susah, terutamanya dengan format baru ini, tapi adik2 jangan teralu tertekan! Sebab, kalau adik terlalu tertekan dengan UPSR, nanti UPSR sebenar nanti adik2 tak boleh jawab pula! QnQ Sebab, kalau adik2 terlalu tertekan, nanti ilmu yang adik2 dapt x akan masuk dan melekat dalam kepala! Jadi, sabar2 dan reda je lah ye...

3. Jika adik2 org Islam, tunaikankan solat 5 waktu dan solat hajat
Ingat ye adik2, kita semua sebagai seorang hamba Allah SWT, kita haruslah tunaikan solat lima waktu yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dan juga, kalau adik2 ada masa terluang ker, tunaikanlah solat hajat dan berhajatlah apa yang adik2 ingin...Bulan puasa dah dekat kan? jadi berhajat banyak2 bulan puasa nanti, kerana masa itulah Allah menerima segala permintaan and keampunan-Nya...

4. Kurangkan menonton televisyen, bermain denagn "iPad" atau dengan fon anda.
Ye, betul, Akak pun tak suka tidak bermain dengan fon Akak, atau iPad ke, komputer ke, tapi Akak tahu UPSR itu lebih penting! Jadi, daripada akak membazir masa tengok "FaceBook", Akak mencari maklumat tentang subjek2 yang akak lemah dalam! Contohnya, macam mencari maksud2 dalam Bahasa Melayu ker, cari maksud2 perbahasa macam tu lah! Bagi televisyen pula, Akak biasanya akan menonton dari saluran Astro TVIQ dan juga Astro Tutor TV UPSR. Bagus menonton pelajaran dalam saluran tersebut! :D

5. Belajar tu pun, jangan terlalu banyak, atau terlalu kurang
Tahu, UPSR memang susah! Tetapi, adik tak boleh paksa diri belajar 6-7 jam setiap hari! Ya Allah, tak letih ker? Kalau adik belajar "straight with no resting",nanti semasa pepriksaan yang sebenar, kepala adik tiba-tiba kosong. Sebabkan adik tidak memeberi ia masa untuk berehat,(Ye! Otak pun perlu rehat!), nanti ia tak berfungsi, dan jika adik2 megulang kaji untuk 15 minit setiap hari, adik2 tahu-tahu jer lah apa yang akak akan cakap.

6. Beri semangat diri!
Dulu, Akak ni pun bukannya murid yang bijak sangat, jadi Akak nih selalu sedihlah yang markah akak nih selalu rendah jer...(Terutamanya Bahasa Melayu Pemahaman...) Jadi, rakan-rakan aka selalu membuat surat.semangat motivasi, contohnya "Jangan putus asa Sarah! Cuba lagi! Awaklah yang terbaik! 5A kan target awak!" Jadi, buatlah kata-kata semangat dan tampal lah dalam mana-mana buku yang adik kerap membawa pergi ker mana-mana, apa-apa lah!

7. Hormatilah guru anda...
Ahhhh, inilah cara yang paling mudah! Apa-apa yang adik perlu buat adalah hormati guru, semasa di dalam kelas, dan di luar kelas. Kerana, jika cikgu itu suka adik, maksudnya guru itu lebih beria untuk mengajar adik, dan beliau akan mempunyai azam yang lebih tinggi untuk membantu adik mendapat 5A!

8. Jangan takut nak cuba!
Kalau ada guru meminta adik untuk menjawab, cubalah menjawab! Jika salah pun, jangan risau! Semua orang boleh buat kesilapan! Terutamanya akak nih yang menulis blog yang sentiasa ada kesilapan ejaan x'D

9. Jangan takut nak tanya!
Memang, budak2 nih akan mengejek jika kita tidak tahu, tetapi kita datang ke sekolah untuk belajar! Jadi jangan sesekali pun takut nak tanya!

10. Yakinkan Diri
Janagn mudah putus asa. Jika tidak mencapai apa yang adik2 ingin, jangan putus asa! Kerana adik2 semua adalah yang terbaik!

Ahhh, habislah log Mytella-Chan tadi!
Harap tip2 ini boleh tolong adik2 yang mengambil UPSR!
Akak dulu guna tip2 ini, dan alhamdulillah, Akak dapat 5A
Akak doa yang terbaik untuk adik2!
Selamat tinggal, dan assalammualaikum! <3

Comments

  1. Miss Mytella sangat membantu saya. Terima kasih!
    Moga Allah merdhaimu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahh! Alhamdulillah!
      Shukran ya Nina-chan UuU <3

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

QnA with Mytella!

Storytime! ~ | A Day At TheCaptain's house!

Tip La Tips~ | How To Know If a Boy Likes You